Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut ketua pertahanan Filipina, pelan rondaan bersama dan latihan maritim di laut China Selatan di antara A.S dan Filipina sudah digantung. Selain daripada itu, menurut sumber yang sama juga, seramai 107 anggota tentera A.S yang mengoperasikan dron yang memantau kaum Muslim Filipina juga perlu meninggalkan negara itu tidak lama lagi.
Presiden Rodrigo Duterte juga berkata bahawa beliau mahukan latihan pendaratan amfibia yang sedang berlangsung di antara kedua-dua negara itu juga menjadi yang terakhir di dalam penggal perkhidmatannya sebagai presiden republik tersebut. Rancangan beliau itu juga akan melibatkan 28 latihan ketenteraan yang lain sepanjang tahun.
"Tahun ini adalah yang terakhir," kata Duterte di Davao yang terletak di selatan Filipina. "Selama saya di sini, jangan layan kami seperti tikar kaki (kerana) kamu akan menyesal," katanya. "Saya tidak akan bercakap dengan kamu. Saya sentiasa boleh ke China," tambah beliau.
Duterte mahu tamatkan latihan ketenteraan di antara negara Filipina dan A.S
"Jangan Layan Kami Seperti Tikar Kaki, Kamu Akan Menyesal," Duterte Kepada A.S.
8 Oktober 2016 - 14:35
News ID: 784277
Menurut ketua pertahanan Filipina, pelan rondaan bersama dan latihan maritim di laut China Selatan di antara A.S dan Filipina sudah digantung